Twitter Mengemaskini Sokongan Carian Pada Web – Memudahkan Lagi Penemuan Kandungan

Twitter hari ini dilihat telah mengemaskini sokongan carian pada web, dimana mereka menyertakan beberapa sokongan penapis baru sekaligus membolehkan pengguna melihat kandungan yang dicari oleh mereka sahaja.

Twitter Search

Melalui fungsi baru ini, pengguna bukan sahaja boleh menetapkan ingin membuat carian mengenai gambar atau video, tetapi turut boleh untuk memilih hanya berita sahaja, disamping melihat Tweet yang dihantar daripada sesuatu lokasi berdekatan dan sebagainya.

Bagi anda yang aktif membuat carian di Twitter, mungkin fungsi ini amat membantu. Seperti biasa, fungsi Advanced Search pada Twitter masih ada sekiranya anda inginkan pelbagai fungsi tambahan dalam mencari sesuatu Tweet yang terperinci.

Nota: