Twitter Memperkenalkan Sokongan Berkongsi Lebih Dari Satu Gambar Pada Aplikasi Android

Beberapa minggu yang lepas, pihak Twitter telah memperkenalkan sokongan berkongsi lebih dari satu gambar pada aplikasi iOS. Kini, sokongan sama turut ditawarkan kepada pengguna Android melalui kemaskini versi terbaru aplikasi Twitter.

Menggunakan fungsi ini, pengguna boleh berkongsi sehingga empat gambar dalam satu Tweet – berbanding hanya satu sebelum ini.

Twitter Gambar

Perkongsian gambar ini akan diperlihatkan dalam bentuk kolaj, dan sekiranya seseorang klik pada gambar ini di web, ia akan dipaparkan dalam bentuk slideshow.

Pengenalan fungsi ini amat menarik bagi kami, dimana kini anda tidak lagi perlu menghantar lebih dari satu Tweet untuk perkongsian gambar untuk sesuatu perkara sama, sebaliknya boleh berkongsi semuanya didalam satu Tweet.

Untuk pengguna Android, anda boleh mengemaskini aplikasi Twitter anda kepada versi terkini, dan menikmati sokongan ini.

Nota: