Twitter Dilihat Menguji Halaman Profil Baru – Menyerupai Facebook

Twitter baru-baru ini telah memperkenalkan antaramuka web baru untuk semua pengguna. Tidak berhenti setakat itu sahaja, kini dilihat mereka turut sedang menguji rekabentuk paparan baru untuk halaman profil.

Twitter Profil Baru

Melalui apa yang didapati oleh Mashable, rekabentuk baru ini boleh dilihat menyerupai sedikit rekaan profil pada Facebook dan juga Google+.

Rekabentuk baru ini membawakan paparan gambar profil pada bahagian kiri laman, disamping memperlihatkan kemaskini daripada pengguna termasuk memfokuskan kepada paparan gambar pada bahagian timeline.

Memandangkan pihak Twitter sering menguji pelbagai perkara dan perubahan, ia tidak diketahui lagi sama ada paparan baru ini akan diperkenalkan secara meluas ataupun sebaliknya.

Bagi anda, apakah pendapat anda untuk rekaan profil sebegini?

Nota: