Twitter Dikatakan Berminat Untuk Membeli SoundCloud

SoundCloudPada tahun ini, kita dapat lihat pelbagai syarikat teknologi yang mengambil-alih syarikat dan aplikasi lain dalam memperkukuhkan portfolio mereka. Terkini, ia dikatakan Twitter berminat untuk mendapatkan SoundCloud.

Bagi yang tidak mengenali SoundCloud, ia merupakan salah satu perkhidmatan perkongsian audio yang membolehkan pengguna memuat-naik audio dan berkongsi bersama-sama yang lain. Pelbagai jenis audio yang dikongsikan melalui laman tersebut, termasuk dari segi podcast dan juga lagu daripada penyanyi.

Twitter sebelum ini pernah mencuba memasuki arena audio dan muzik melalui Twitter Music, tetapi membatalkan perancangan mereka selepas beberapa bulan.

Buat masa ini, kedua-dua pihak tidak memberikan sebarang komen berkaitan perkara ini.

Nota: