Twitter Bakal Membolehkan Pengguna Mengakses Keseluruhan DM Pada iPhone Dan Android

TwitterSokongan DM pada Twitter merupakan salah satu fungsi yang digunakan ramai pengguna untuk menghantar sesuatu mesej peribadi kepada rakan-rakan mereka. Apa pun, salah satu kekurangan pada hari ini adalah dimana pengguna tidak boleh mengakses keseluruhan mesej DM mereka pada peranti mudah-alih.

Perkara ini dilihat akan berubah tidak lama lagi. Pihak Twitter berkongsikan mengenai perkara ini, mengatakan mereka akan menawarkan kemaskini untuk aplikasi iPhone dan Android, membolehkan pengguna mengakses keseluruhan DM mereka melaluinya.

Disamping itu, pihak Twitter juga dijangka akan menawarkan sokongan memadam DM yang konsisten diantara aplikasi mudah-alih dan juga web.

Bagi kami, perkara ini adalah salah satu perkara yang dinantikan sekian lama. Walaupun terdapat pelbagai aplikasi permesejan di pasaran hari ini, namun sokongan DM adalah salah satu perkara yang aktif digunakan kami. Sokongan ini semestinya dinantikan, sekaligus mungkin akan menjadikan penggunaan DM dikalangan pengguna Twitter lebih aktif.

Nota: