Tukang cat maut ditembak

Utama

Permaisuri: Tukang cat ditemui mati dengan beberapa kesan tembakan di rumah di Kampung Jelapang, Sungai Tong di sini, 4.30 pagi tadi.

Lelaki berusia 37 tahun itu ditemui bapa saudaranya yang juga berusia 37 tahun dalam keadaan terbaring di hadapan pintu rumah.

Difahamkan, mangsa baru sahaja mendiami rumah berkenaan bersama bapa saudaranya kerana bekerja dengan lelaki terbabit.

Sebelum itu, bapa saudara mangsa dikatakan pergi ke Gong Badak, Kuala Nerus, Sabtu lalu untuk melawat keluarganya.

Bapa saudara mangsa yang juga seorang tukang cat kemudian menghubungi polis untuk tindakan lanjut selepas pemeriksaan terhadap badan mangsa menemui kesan darah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Elias Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Image: 
Zatul Iffah Zolkiply

Permaisuri: Tukang cat ditemui mati dengan beberapa kesan tembakan di rumah di Kampung Jelapang, Sungai Tong di sini, 4.30 pagi tadi.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: