dherba

Tujuh tip komunikasi pemasaran atau jualan berkesan

Tujuh tip komunikasi pemasaran atau jualan berkesan

Kita mungkin mengharapkan seseorang memberikan kita sesuatu atau membeli produk atau perkhidmatan yang kita jual, tetapi ia tidak berlaku sebagaimana kehendak kita.

Ini ada hubungan dengan kegagalan komunikasi menyebabkan mesej kita kepada orang lain menjadi kurang lancar atau kurang berkesan.komunikasi, jualan, pe

Natijahnya matlamat atau hajat kita dari komunikasi itu tidak tercapai. Apa yang kita cuba jual tidak terjual.

Untuk mengatasi ini, cuba perhatikan tujuh tip berikut ketika sesuatu komunikasi itu berlaku.

  1. Mata. Gunakan kaedah hubungan mata (eye contact) sepanjang komunikasi berlaku.
  1. Potong. Jangan suka dan kerap memotong percakapan orang lain.
  1. Bosan. Jangan menampakkan kebosanan atau kelesuan menerusi bahasa badan (body language) kita.
  1. Kesimpulan. Jangan cepat  membuat kesimpulan sebelum mendengar semua hujah atau penjelasan.
  1. Emosi. Jangan biarkan emosi ‘masuk’ dalam setiap kata-kata anda.
  1. Peribadi. Jangan ternampak seolah-olah anda terlalu menyoal hal peribadi orang lain.
  1. Pendapat. Jika berlaku perbezaan pendapat, jangan mengharap untuk anda menang seorang – harapkan situasi menang-menang (win-win situation).

Untuk keberkesanan komunikasi jualan atau perundingan, gunakan kaedah “kuasa bahasa”.  Bahasa biar sopan dan bersahaja tetapi terkesan di hati orang yang lawan berkomunikasi.- inimajalah.com