Tuah Aswadi, Fariz Iswadi

Mutakhir

 

am@hmetro.com.my

 

Kuala Terengganu: Jurufoto Harian Metro, Aswadi Alias memenangi anugerah Foto Terbaik Penyelidikan pada Malam Anugerah Kewartawanan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang diadakan di Hotel Primula malam ini.

Aswadi memperoleh kemenangan menerusi berita bertajuk “Tonjol Kebolehan” yang disiarkan pada April tahun lalu.

Selain itu, jurufoto Berita Harian, Fariz Iswadi Ismail turut memenangi anugerah Foto Terbaik Siswa menerusi laporan “MPP UniSZA minta graduan undang- undang diiktiraf LPQB” pada Oktober tahun lalu.

Kedua-dua pemenang membawa pulang hadiah wang tunai RM400 dan sijil penghargaan.

Hadir pada majlis itu, Naib Canselor UniSZA Prof Datuk Dr Zubaidi Abdul Latif dan Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Prof Dr Nik Wan Omar.

Lebih 100 pengamal media Terengganu hadir dalam majlis yang bertemakan merah hitam itu.

 

Image: 
Ahmad Rabiul Zulkifli

Kuala Terengganu: Jurufoto Harian Metro, Aswadi Alias memenangi anugerah Foto Terbaik Penyelidikan pada Malam Anugerah Kewartawanan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang diadakan di Hotel Primula malam ini.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: