Tragedi Yang Disebabkan Oleh Rokok Elektronik

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Tragedi Yang Disebabkan Oleh Rokok Elektronik | Tidak kiralah rokok biasa, rokok tradisional atau rokok elektronik, merokok tetap membahayakan kesihatan dan nyawa seseorang. Seperti kejadian yang penuh dramatik yang terjadi apabila rokok elektronik meletup di hadapan seorang pelayan bar dan telah merosakkan pakaiannya.

Laura Baty, 18 tahun, sedang melayan pelanggan di sebuah bar di Buck Inn Hotel berhampiran Utara Yorkshire apabila dia terdengar satu letupan kuat dan ternampak api menuju ke arahnya. Sebelum remaja tersebut sempat berfikir apa yang sedang berlaku, dia dapat merasakan bahawa api sedang menuju ke arahnya, “Saya dapat rasakan bahangnya ketika lari menyelamatan diri. Saya hendak memberikan duit baki kepada seorang pelanggan ketika terdengar bunyi letupan,” ujarnya.

cig Tragedi Yang Disebabkan Oleh Rokok Elektronik

“Saya mula menangis. Pakaian saya telah disambar api semasa saya melarikan diri dan saya tak tahu apa yang sedang berlaku. Seorang pelanggan wanita datang dan membawa saya ke tandas untuk menenangkan saya. Dia membersihkan lengan saya yang kehitaman dan saya masih tak tahu apa yang berlaku,” tambahnya lagi.

Laura yang bekerja di hotel tersebut selama hamper 2 tahun menambah: “Saya sangkakan kotak fius yang meletup atau mercun yang tiba-tiba meletup. Semua orang sangat terkejut”

Rokok elektronik tersebut atau lebih dikenali sebagai e-cigarette adalah milik Stewart Paterson, 21 tahun yang juga bekerja di pub yang sama. Dia cuba untuk berhenti merokok sejak Disember tahun lepas. Katanya: ”Saya sedang mengecas e-cigarette tersebut dengan menggunakan pengecas iPad, seperti yang sering saya lakukan sebelum ini. Baterinya adalah dari jenis cecair Totally Wicked E.”

cig 3 Tragedi Yang Disebabkan Oleh Rokok Elektronik

Stewart Paterson bersama rokok elektronik miliknya yang meletup

“Saya telah menggunakan rokok ini sejak Krismas dan saya sangat rasai perubahannya sejak tidak lagi menghisap rokok biasa. Saya akan terus menggunakannya tetapi tidak lagi dari syarikat pengeluar rokok ini. Saya langsung tak sangka bahawa perkara ini boleh terjadi dari syarikat pengeluar rokok elektrik yang ternama dan saya semestinya tidak akan menggunakan ia lagi.”

cig 2 Tragedi Yang Disebabkan Oleh Rokok Elektronik

Laura menunjukkan baju yang dipakainya pada malam kejadian

“Saya terfikir, kalaulah saya sedang mengecas rokok ini di rumah, saya mungkin akan tinggalkan ia lalu keluar dan kerosakan yang dibawanya mungkin jauh lebih teruk. Ketika saya menonton semula rakaman kejadian, saya lihat betapa dekatnya bebola api tersebut dengan kepala Laura. Jika dia berdiri beberapa inci ke kanan dia mungkin akan mengalami cedera teruk.”

Pegawai bomba daerah Richmond, Steve Bake berkata: “Kami menyarankan orang ramai supaya jangan sesekali membiarkan alatan yang sedang dicas tanpa pengawasan. Ia sangat merbahaya. Jika perkara seperti itu berlaku dalam rumah seseorang, api itu boleh menyambar langsir atau perabot, risikonya amat besar.

Jurucakap pengilang bateri rokok tersebut berkata: “Kami telah memberikan maklumat jelas di laman web dan di dalam kit permulaan rokok elektronik ini yang menerangkan bagaimana bateri yang kami hasilkan itu perlu dicas dan dijaga. Kami tidak dapat memberi sebarang komen berhubung kejadian ini atau komen mengenai bateri tersebut. Tetapi jelas bahawa tiada pengecas rokok yang sewajarnya digunakan dalam kejadian tersebut.”

If you enjoyed this post, you should read this: China Bina Matahari Sendiri Akibat Dari Jerebu Teruk

Tragedi Yang Disebabkan Oleh Rokok Elektronik
zyra roxx

Nota: