Tragedi bot bertembung

Mutakhir

Foto Harun Yahya

Kanowit: Lelaki maut apabila bot dinaiki bertembung dengan bot lain ketika sesi latihan perlumbaan bot di Sungai Rajang dekat sini, 5.15 petang tadi.

Kejadian berlaku apabila bot dinaiki Danny Jawan, 37, dilanggar bot yang membuat pusingan U sebelum merempuh bahagian tepi bot mangsa ketika sesi latihan perlumbaan sempena Pesta Kanowit esok.

Ketua Polis Daerah Kanowit Deputi Superintendan Daniel Benjamin berkata, mangsa cedera di bahagian badan dan dihantar ke Hospital Kanowit, di sini, untuk rawatan lanjut.

€œBagaimanapun, katanya, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital itu pada 5.45 petang.

“€œPemandu bot warga Brunei berusia 54 tahun yang melanggar bot mangsa tidak cedera,” katanya.

Image: 
Harun Yahya

Kanowit: Lelaki maut apabila bot dinaiki bertembung dengan bot lain ketika sesi latihan perlumbaan bot di Sungai Rajang dekat sini, 5.15 petang tadi.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: