Tragedi batu sesat

Utama

sab@hmetro.com.my

Johor Bahru: Budak lelaki berusia tiga tahun meninggal dunia selepas sehari di rawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, akibat terkena seketul batu yang tercampak ke arah cermin hadapan kereta dipandu ayahnya dalam di Kilometer 24, Jalan Johor Bahru- Kota Tinggi, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, Muhammad Afiq Qayyum Mohd Faizal, disahkan meninggal dunia pada 10.15 pagi tadi selepas mengalami parah di kepala akibat terkena batu itu

Katanya, dalam kejadian 1.50 tengah hari itu, mangsa bersama keluarganya menaiki kereta dari bandar Kota Tinggi ke pusat bandar Johor Bahru.

“Setibanya di KM 24, tiba-tiba seketul batu besar terlepanting dari arah bertentangan dan terkena cermin hadapan kereta itu.

“Batu itu menembusi cermin hadapan dan mengenai kepala mangsa yang dipangku oleh ibunya di tempat duduk penumpang hadapan,” katanya.

Beliau berkata, bapa mangsa terus menghantar anaknya itu ke Hospital Kota Tinggi dan dirujuk ke HSA.

Image: 
Mohd Sabran Md Sani

Johor Bahru: Budak lelaki berusia tiga tahun meninggal dunia selepas sehari di rawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, akibat terkena seketul batu yang tercampak ke arah cermin hadapan kereta dipandu ayahnya dalam di Kilometer 24, Jalan Johor Bahru- Kota Tinggi, kelmarin.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: