Serangan jantung boleh membawa maut. Sekiranya ia berlaku ketika sedang memandu risiko kecederaan meningkat kerana kereta hilang kawalan dan melibatkan pengguna lain. Bagi mengelakkan situasi ini berlaku di masa hadapan, Toyota bekerjasama dengan University of Michigan untuk membangunkan alat pengesan serangan jantung sebelum ia berlaku pada pemandu.
Sistem yang masih di peringkat awal ini akan mengesan degupan jantung pengguna secara nyata. Melalui algoritma, ia diharap dapat mengesan serangan jantung sebelum ini berlaku dan memberikan amaran kepada pemandu. Degupan jantung dikesan menggunakan peranti boleh pakai, terbina pada tali pinggang keselamatan atau stereng kereta.
Pihak Toyota mensasarkan sistem ini diuji menjelang 2020. Dengan integrasi sistem pemanduan automatik, kereta yang mengesan simptom serangan jantung akan berlaku akan terus memandu penumpang ke hospital untuk mendapatkan rawatan.