Toyota Motor Corp kini mengatakan mereka telah menjual pegangan mereka dalam syarikat pengeluar kenderaan elektrik popular, Tesla. Penjualan pegangan berkenaan turut membuatkan penamatan kerjasama antara kedua-dua syarikat berkenaan buat masa ini.
Toyota sebelum ini mempunyai pegangan sekitar 1.43% pada Tesla, terakhir sekali pada Julai 2016 lepas.
Pada 2010 lepas, Toyota telah mendapatkan pegangan bernilai $50 juta pada Tesla, apatah lagi ketika itu pelbagai pengeluar kenderaan bersaing antara satu sama lain untuk membangunkan kenderaan yang kurang mencemarkan alam. Toyota juga ketika itu menutup kilang di California dan memberikan ia kepada Tesla pada nilai $42 juta. Kedua-dua syarikat ketika itu bekerjasama untuk membangunkan kenderaan elektrik RAV4 pada 2011, dan seterusnya menjual sekitar 2500 unit kenderaan berkenaan.
Sebelum ini, pada November 2016 lepas, Toyota telah membangunkan bahagian khusus untuk pembangunan kenderaan elektrik, dan menyasarkan memperkenalkan kenderaan elektrik tersendiri seawal mungkin.