TootPay Memenangi Echelon Malaysia Satellite 2014

Pada hari ini telah berlangsung acara saringan awal iaitu Echelon Satellite bertempat di Cyberview Lodge. Acara Echelon Satellite ini merupakan acara peringkat saringan untuk setiap negara untuk memilih satu syarikat yang mewakili Malaysia pada acara Echelon kelolaan e27 yang akan diadakan di Singapura pada 10-11 Jun 2014. Cradle Fund merupakan rakan anjuran untuk acara ini.

Sebanyak 20 startup yang telah berentap dan memberikan pitch mereka selama 5 minit diatas pentas untuk mendapatkan tempat mereka sebagai 10 finalis pada peringkat akhir. Kebanyakan startup adalah syarikat yang boleh dikategorikan dalam tahap pertengahan, iaitu di tahap yang mereka telahpun mempunyai pelanggan dan telah mempunyai prototaip yang lengkap.

Tootpay

Startup yang mendapat tempat untuk layak ke pusingan akhir di Singapura adalah TootPay. TootPay merupakan sistem aplikasi pembayaran pada telefon pintar. Menariknya, sistem ini juga tidak memerlukan penggunaan data internet, sekaligus memudahkan pemindahan wang dan juga pembayaran melalui telefon bimbit dilaksanakan. Aplikasi ini juga boleh digunakan pada pelbagai platform.

Antara startup lain yang turut bertanding adalah TableApp, Hijab2Go, EasyRead, WatchOverMe, Ticket Hero dan pada pendapat kami, kebanyakan startup yang berentap pada Echelon Satellite tahun ini jauh lebih bersedia dari tahun lepas.

Nota: