Tonton Pengumuman iPhone 6 Secara Langsung Pada Awal Pagi Esok

Apple 9 SeptemberApple telah sedia menjadualkan acara pengumuman produk baru mereka pada awal pagi 10 September ini, dan seperti beberapa acara mereka sebelum ini, ia akan turut ditayangkan secara langsung oleh Apple.

Apa pun, berbeza dengan sebelum ini, acara ini hanya akan ditayangkan secara langsung untuk pengguna OS X dan iOS sahaja. Untuk menontonnya, pengguna perlu mempunyai akses kepada Safari versi terkini pada OS X, ataupun Safari pada iOS 6.0. Disamping itu, ia juga akan disiarkan untuk pengguna AppleTV generasi kedua atau ketiga.

Seperti biasa, kami akan membawakan kemaskini secara daripada acara pengumuman tersebut. Jadi, sekiranya anda tidak mempunyai sebarang peranti Apple, anda masih boleh mengikutinya di laman Amanz. Acara pengumuman ini dijangka akan bermula sekitar pukul 1 pagi 10 September (waktu tempatan).

Tonton : Apple Live

Nota: