Tonton Acara Samsung Unpacked Secara Langsung Pada Pukul 9 Malam Ini

Acara IFA Berlin bakal mengumumkan pelbagai produk baru dan bagi peminat jenama Samsung, kami pasti anda juga tidak sabar untuk mengikuti pengumuman Samsung Unpacked secara langsung. Pihak Samsung telah menyediakan halaman siaran langsung pengumumannya yang boleh diakses di YouTube.

Samsung Unpacked ini bakal memperkenalkan peranti phablet mereka iaitu Galaxy Note 4 yang membawakan skrin bersaiz sekitar 5.1 inci dengan resolusi 1440×2560 pixel. Ia juga dijangka menggunakan cip pemprosesan terbaru Snapdragon 805. Dan seperti kebiasaan acara Samsung Unpacked, berkemungkinan terdapat peranti lain yang akan diperkenalkan antaranya Samsung Gear VR dan Samsung Gear S.

Jadi, sama-sama kita nantikan acara Samsung Unpacked pada pukul 9 malam ini, waktu tempatan. Kami juga akan membawakan kemaskini langsung terus dari acara tersebut.

Nota: