TMgo Akan Diperluaskan Ke Lebih 280 Lokasi Diseluruh Negara Dalam Tempoh 6 Bulan

Telekom Malaysia hari ini secara rasminya telah melancarkan perkhidmatan jalur-lebar tanpa wayar berkelajuan tinggi mereka, dinamakan sebagai TMgo di Kedah. Ketika pengenalan ini, ia ditawarkan di lebih kurang 17 kawasan sekitar Kedah, dan bakal diperluaskan keseluruh negara secara berperingkat.

Untuk pengenalan ini, pihak Telekom Malaysia menawarkan ia di beberapa kawasan sekitar Kedah, iaitu di Pendang, Baling, Padang Terap dan akan diperluaskan ke lebih 20 tapak lain di Kedah. Telekom Malaysia bakal memperkenalkan perkhidmatan TMgo ini di Melaka pada 23 Ogos, dan akan dilancarkan di Alai, Melaka.

Pihak Telekom Malaysia turut mengatakan yang mana mereka akan memperluaskan perkhidmatan TMgo ini ke lebih 280 tapak lain di seluruh negara dalam tempoh enam bulan akan datang ini. Namun, tiada info diberikan buat masa ini berkaitan kawasan-kawasan yang akan menerimanya – selain cuma menekankan yang mana kawasan underserved akan menerimanya terlebih dahulu.

Nota: