TM Kini Menawarkan Pakej Unifi Bersama Microsoft Office 365 Untuk Pelanggan PKS

Selain menawarkan perkhidmatan untuk pelanggan umum, pihak Telekom Malaysia juga sedia menyediakan sambungan internet berkelajuan tinggi mereka – UniFi untuk pelanggan perusahaan dan juga PKS (perniagaan kecil dan sederhana). Kini dilihat, TM mengumumkan kerjasama dengan pihak Microsoft, membolehkan pelanggan PKS mereka mengakses ke Microsoft Office 365 secara percuma dengan langganan mereka.

Kerjasama antara Microsoft dan TM bukanlah sesuatu yang baru, dimana sebelum ini mereka telah sedia menawarkan pakej Office in the Box kepada pengguna perusahaan.

TM Kini Menawarkan Pakej Unifi Bersama Microsoft Office 365 Untuk Pelanggan PKS

Melalui pengumuman ini, ia membolehkan pelanggan UniFi Biz pada kelajuan sehingga 50Mbps untuk mendapat dua lesen pengguna Microsoft Office 365 percuma, dan menggunakannya dalam berkolaborasi bersama-sama lain dalam membangunkan dokumen dan sebagainya.

Bagi yang tidak mengenali perkhidmatan Office 365, ia merupakan perkhidmatan langganan daripada Microsoft, menawarkan akses ke aplikasi pejabat Microsoft melalui pelayar web anda, selain mana mengakses beberapa fungsi tambahan – termasuk ruangan storan SkyDrive sehingga 25GB dan juga emel sehingga 50GB.

Ia tidak diketahui kenapakah Biz 100 tidak disertakan dengan sokongan Office 365 buat masa ini.

Kemaskini dari TM: Pengguna UniFi BIZ yang sedia ada boleh menikmati Office 365 bermula 21 Nov 2013. Permohonan perlu dibuat di TMpoint.

Nota: