Tipu helah tiga beranak

Utama

Johor Bahru: Tiga wanita dipercayai anak beranak, memeras wang RM6,000 daripada seorang peniaga di sebuah hotel di Batu Pahat, mendakwa merakam gambar lelaki itu dengan salah seorang wanita berkenaan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, dalam kejadian Selasa minggu lalu, mangsa yang berusia 63 tahun itu, diajak ke hotel itu oleh seorang

gadis yang ditemuinya di sebuah pasar raya.

“Selepas berbuall, remaja itu meminta mangsa menghantarnya ke sebuah hotel dan lelaki itu kemudian dibawa ke sebuah bilik.

“Tiba-tiba muncul dua wanita dipercayai ibu dan kakak gadis berkenaan.

“Ketiga-tiga mereka kemudian memberitahu kononnya sudah merakam gambar lelaki berkenaan dalam bilik itu,” katanya.

Beliau berkata, mereka mengugut akan menyebarkan gambar mangsa sekiranya tidak memberi mereka sejumlah wang dan lelaki itu yang takut, membayar RM6,000.

“Namun dua hari kemudian, suspek menghubungi mangsa dan meminta lagi RM3,000.

“Kali ini mangsa enggan memberikannya namun suspek terus mengugutnya lalu lelaki itu membuat laporan polis,” katanya.

Image: 
BERNAMA

Johor Bahru: Tiga wanita dipercayai anak beranak, memeras wang RM6,000 daripada seorang peniaga di sebuah hotel di Batu Pahat, mendakwa merakam gambar lelaki itu dengan salah seorang wanita berkenaan.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: