Tips urus masa: Selalu tidak cukup masa? Amalkan ini. Ia berkesan.

Anda selalu berasa tidak cukup masa? Banyak sangat mahu dilakukan dan diselesaikan setiap hari, tetapi masa dirasakan amat terhad? Mahu tips urus masa?

Mari amalkan ini. Ia berkesan. Penulis sendiri sudah melakukannya dan ternyata ia berhasil. Ia ternyata berkesan.

Mari saya dedahkan. Ia bukan rahsia. Ia bukan ilmu sihir. Ia bukan ilmu hitam. Ia sebahagian ilmu Allah taala.

Caranya mudah, tetapi pelaksanaan dan pengisiannya mungkin tidak mudah pada peringkat awal.

Lakukan begini.

Jaga solat anda!

Bunyinya mudah tetapi ia tidak semudah disangka.

Apa maksud jaga solat? Apa yang penulis maksudkan “jaga solat” ialah sentiasa solat awal waktu dan sentiasa berusaha serta bersedia untuk selalu dapat solat pada awal waktu walau kesibukan anda mengalahkan menteri.

Malah, anda mesti sentiasa bersedia sepanjang masa untuk menunaikan solat sekurang-kurangnya 10 minit sebelum masuk waktu.

Pastikan anda menunggu solat dengan berada di atas sejadah atau tempat solat sebelum masuk waktu solat.

Anda mesti tunggu solat, bukan solat tunggu anda!

Amalkanlah. Anda akan dapati masa anda akan terasa lebih banyak daripada biasa!

Dari mana datangnya keajaiban ini? Allah sahaja yang tahu!

Jika tidak juga menjadi dan tidak ada perubahan? Masa masih dirasakan tidak cukup?

Sila periksa semula solat anda. Niat biar betul. Bukan niat solat, tetapi niat menjaga solat. Niat menjaga solat bukan untuk dapat banyak masa, tetapi untuk patuh perintah Allah dan dapat kasih sayang Allah.

Apabila Allah sayang kita, segalanya menjadi amat mudah bagi Allah taala memberikan apa juga kepada kita!

Nota: