Tips Mengatasi Masalah Ketagihan Terhadap Pornografi

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Tips Mengatasi Masalah Ketagihan Terhadap Pornografi | Dunia maya yang luas tanpa sempadan telah memungkinkan kita untuk menikmati segala jenis maklumat dihujung jari. Secara tak lansung, ia memberi ruang untuk seseorang itu melayari laman-laman web yang menyajikan gambar, cerita serta video lucah. Sangat menyedihkan apabila kanak-kanak seawal usia 10 tahun telah ketagih untuk menonton video-video lucah dari internet. Setiapa perkara yang buruk, pasti mendatangkan kemudaratan dan ketagihan pada diri sendiri. Berikut merupakan tips mengatasi masalah ini oleh penulis-penulis mengenai kesihatan seks yang berpengaruh dari barat.

Gary Wilson

1. Berhenti mengubati diri sendiri dengan menonton porno setiapa kali berasa sedih, sakit hati dan sebagainya. – Kesemua perasaan yang tidak enak ini hanyalah sementara, lama kelamaan akan hilang juga. Jika kita tetap menjadikan porno sebagai satu cara untuk lari dari segala macam perasaan yang tidak enak itu, kita tidak akan pernah membesar dan menjadi seorang lelaki sejati. Elakkan porno, hadapi realiti dan jangan lari dari masalah.

2. Berhenti fokus untuk TIDAK mahu menonton porno. Tahukan anda? Jika kita terus fokus memikirkan tentang tidak mahu menonton porno, kita sebenarnya sedang memikirkan tentang porno! Selagi porno itu masih berada dalam pemikiran, semakin sukar untuk kita meninggalkan tabiat tersebut. Cara paling berkesan adalah dengan melupakan terus tentang porno. Fokus kepada tugas harian, keluarga, bergaul dengan kawan yang positif.

Jika berasa terangsang untuk menonton porno, lakukan aktiviti kegemaran yang telah disenaraikan sejak awal lagi seperti melakukan push-ups, berjalan-jalan, jumpa kawan, memasak atau apa saja yang anda suka. Elakkan aktiviti yang dapat merangsangkan lagi nafsu syahwat! 

man Tips Mengatasi Masalah Ketagihan Terhadap Pornografi

Alex Allman

Sematkan rasa TAKUT dalam diri. Kalaupun tak takut kepada tuhan, takutlah akan masalh disfungsi seks yang mungkin akan berlaku terhadap diri anda. Mungkin kedengaran remeh tetapi masalah ini akan menjejaskan hubungan, mematahkan hati, merosakkan rumahtangga dan hanya meniggalkan perasaan tidak seronok hanya kerana ingin menikmati keseronokkan menonton porno yang sementara.

Alex sendiri pernah menghadapi kemurungan tanpa teman wanita dan kerap beronani dengan menonton porno. Kemudiannya dia menghadapi kesukaran ereksi apabila berhadapan dengan teman wanita di ranjang sehingga terpaksa membayangkan teknik-teknik porno yang pernah ditonton. Setelah beliau berhenti dari melakukan aktiviti tidak sihat tersebut, Alex kembali hidup normal dan mempunyai beberpa teman wanita, dan kemudiannya menemui isterinya. Apabila anda berhenti menonton porno, anda akan berasa lebih yakin, maskulin dan yang penting, perempuan dapat merasai perubahan tersebut icon wink Tips Mengatasi Masalah Ketagihan Terhadap Pornografi

Matt Cook

Cari pengganti. – Jika anda menonton porno atas sebab berasa sunyi, gantikkan aktiviti tersebut dengan perkara lain seperti membaca komik, menonton sitkom komedi, dsb. Jika anda menonton porno supaya cepat rasa mengantuk, gantikan ia dengan aktiviti seperti membaca, terutamanya bahan bacaan yang bosan. Jika anda suka berfantasi mengenai porno, ubahnya dengan berfantasi mengenai misteri alam atau fantasi jika anda seorang jutawan.

Chris Haven

Berani untuk gagal. – bukan mudah untuk meninggalkan tabiat yang dah sebati dengan diri. Asalkan anda mempunyai azam yang kuat untuk berhenti, ianya tidak mustahil untuk dilakukan. Yang penting jagan mudah mengalah. Belajar sayangi diri sendiri dan seterusnya buang semua ego dan berazam sepenuhnya untuk berhenti menonton porno.

Kebanyakkan pakar psikologi seks dan penulis mengenai kesihatan seks berpendapat bahawa perlu ada keinginan yang tinggi untuk berhenti melakukan aktiviti tidak sihat ini. Elakkan bersendirian dan terlalu memikirkan mengenai seks. Jika masih gagal dan buntu, berjumpalah pakar sebagai ikhtiar yang terakhir.

pray Tips Mengatasi Masalah Ketagihan Terhadap Pornografi

Beruntungnya menjadi seorang muslim apabila banyak perkara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan diri dari melakukan perbuatan yang tidak bermoral seperti ini. Sebagai seorang Islam, lebih banyak lagi pilihan yang kita dapat lakukan seperti berpuasa, beristighfar, berselawat, ingat mati, sematkan perasaan takutkan Allah, dan sebagainya icon smile Tips Mengatasi Masalah Ketagihan Terhadap Pornografi

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: safecss

Tips Mengatasi Masalah Ketagihan Terhadap Pornografi
zyra roxx

Nota: