Tiga penuntut lemas

Utama

fadly@hmetro.com.my

Gombak: Tiga penuntut universiti awam lemas selepas mandi di air terjun Lubuk Jepun, Batu 16, di sini, 10.41 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, dua penuntut itu adalah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) manakala seorang lagi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Menurutnya, mangsa adalah penuntut tahun tiga jurusan ilmu wahyu UIAM, Muhammad Abdullah, bekas penuntut UIAM Azrul Hisham Azman, 27; dan penuntut sarjana USIM Mohd Sazwan Rahim, 27.

“Kejadian dipercayai berlaku 10.40 pagi tadi ketika seorang daripada mangsa cuba mengambil selipar terjatuh ke dalam air.

“Bagaimanapun, mangsa tergelinciri dan jatuh di pusar air mempunyai kedalaman empat meter,” katanya.

Menurutnya, dua lagi rakannya cuba membantu namun turut lemas.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor berkata, sebaik tiba di lokasi pihaknya mendapati semua mangsa sudah dibawa naik orang awam.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 10.41 pagi dan mengerahkan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang bagi membantu operasi menyelamat.

Image: 
Mohd Fadly Samsudin

Gombak: Tiga penuntut universiti awam lemas selepas mandi di air terjun Lubuk Jepun, Batu 16, di sini, 10.41 pagi tadi.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: