Tiga ditahan

Mutakhir

am@hmetro.com.my

 

Kuala Selangor: Polis menahan tiga lelaki yang mengasari wartawan di pintu masuk sebuah pasar raya besar di Pasir Penambang, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, wanita yang juga wartawan sebuah akhbar tempatan sedang membuat liputan mengenai aktiviti Konvoi Bersih 5.

Dia dikepung serta dipaksa memadamkan rakaman video yang diambilnya.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ruslan Abdullah berkata, pihak yang bertindak mengasari wartawan berkenaan adalah peserta Bersih 5 yang sedang mengedar risalah.

“Kejadian berkenaan berjaya dileraikan polis manakala wartawan serta rakannya yang berada di tempat kejadian tidak mengalami kecederaan.

“Polis sudah menahan tiga lelaki. Sehubungan itu, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah iaitu bagi mencegah dari melakukan jenayah dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah,” katanya.

 

 

Image: 
Ayusliza Azizan

Kuala Selangor: Polis menahan tiga lelaki yang mengasari wartawan di pintu masuk sebuah pasar raya besar di Pasir Penambang, di sini semalam.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: