Tersungkur jua….

Mutakhir

hadzlihady@hmetro.com.my

Balik Pulau: Lelaki berusia 44 tahun yang mempunyai lima rekod jenayah dan sering memeras ugut mangsa menggunakan senjata api mati ditembak polis di Jalan Bukit Genting, di sini, 1.30 pagi tadi.

Menurut sumber, polis sebelum itu cuba menahan suspek kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian namun dia yang memandu Proton Perdana enggan berhenti dan melepaskan satu das tembakan.

“Suspek terus memecut dan memberhentikan keretanya di tepi jalan dan polis yang terserempak dengannya meminta dia menyerah diri.

“Bagaimanapun, suspek enggan dan dia sekali lagi melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis,” katanya.

Menurutnya, polis yang terpaksa mempertahankan diri melepaskan tembakan yang terkena badan bahagian badan suspek hingga dia maut.

“Hasil pemeriksaan polis menemui pistol jenis Glock bersama 32 peluru dan juga topeng muka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Ghafar Rajab mengesahkan kejadian namun enggan mengulas lanjut mengenainya dan akan membuat sidang media berhubung kes berkenaan hari ini.

 

Image: 
Hadzlihady Hassan

Balik Pulau: Lelaki berusia 44 tahun yang mempunyai lima rekod jenayah dan sering memeras ugut mangsa menggunakan senjata api mati ditembak polis di Jalan Bukit Genting, di sini, 1.30 pagi tadi.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: