Terengganu Bakal Hadir Dengan Sistem E-Aduan Untuk Pengguna Beri Maklumbalas

Dalam memudahkan para rakyat membuat aduan dan memberikan maklumbalas mengenai sesuatu perkara melibatkan kerajaan dan hal-hal yang berkaitan dengannya, hari ini pihak Kerajaan Terengganu mengumumkan yang mana mereka akan hadir dengan sebuah sistem e-aduan khusus.

Sistem yang akan dikendalikan oleh PUTRA (Pusat Transformasi Rakyat Terengganu) tersebut akan diperkenalkan tidak lama lagi dalam usaha untuk memudahkan pengguna memberi dan menerima maklumbalas, selain selesa berusuran dengan pihak kerajaan. Pengenalan sistem ini dijangka bakal menyelesaikan lebih banyak masalah rakyat dengan lebih efisyen berbanding sedia ada.

Kerajaan Terengganu turut mengatakan yang mana setiap cadangan, maklumbalas atau aduan yang diberikan rakyat akan menerima maklumbalas segera, dan dirujuk menggunakan nombor e-aduan khusus untuknya. Setiap ketua jabatan juga akan diminta untuk melaporkan pencapaian mereka serta beberapa data berkaitan e-aduan ini, terus kepada Menteri Besar.

Inisiatif ini dilihat merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan Terengganu dalam usaha menjadikan matlamat negeri maju 2020 tercapai dengan baik.

Nota: