Terbongkar!! Kamera Tersembunyi Ditemui Dalam Tandas Hospital

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Terbongkar!! Kamera Tersembunyi Ditemui Dalam Tandas Hospital | Ini adalah satu perkara yang amat dibimbangkan terutamanya kepada kaum wanita. Sangat mengejutkan apabila ditemui kamera tersembunyi di dalam sebuah tandas Hospital Bentong Pahang.

Pengarah Kesihatan Negeri Pahang Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, tandas berkenaan yang berada di bahagian unit rawatan kecemasan hanya boleh digunakan oleh kakitangan hospital saja malah orang awam tidak dibenarkan sama sekali memasukinya bagi mengelak kesesakan atau mengganggu privasi doktor atau jururawat yang bertugas.

Katanya, perbuatan meletakkan kamera di bawah sinki dan berbentuk penyangkutbaju disedari apabila seorang kakitangan wanita hospital ternampak cahaya merah seolah-olah sedang merakam gambar.

“Kita tidak menolak ada pembabitan daripada orang dalam berikutan tandas itu hanya boleh digunakan oleh kakitangan wanita saja manakala orang awam tidak dibenarkan.

“Kami menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan terperinci dan sekiranya didapati ada kakitangan hospital berkenaan terbabit, pihak kami akan mengambil tindakan tegas,”katanya, ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini, seorang kakitangan hospital berkenaan menjumpai tiga kamera tersembunyi berbentuk penyangkut baju dan kotak hitam berukuran kira-kira 10 Sentimeter di tandas kakitangan wanita sekali gus mengundang pelbagai persoalan masyarakat seterusnya menjadiperbualan hangat di laman sosial.

kamera hospital bentong Terbongkar!! Kamera Tersembunyi Ditemui Dalam Tandas Hospital

Antara pihak yang menyebarkan perkara itu adalah badan pemantau jenayah, MyWatch, menerusi twitternya turut berkongsi gambar yang dimuat naik seorang individu dipercayai kakitangan hospital itu menerusi akaun Facebooknya. – Sumber

If you enjoyed this post, you should read this: safecss

Terbongkar!! Kamera Tersembunyi Ditemui Dalam Tandas Hospital
Dr Fuh

Nota: