Tencent Dilaporkan Bakal Melancarkan Storan Awan 10TB Percuma Kepada Semua

tencentNama Tencent mungkin sedia dikenali ramai, dimana ia merupakan salah satu syarikat dari China, dan juga merupakan syarikat disebalik aplikasi permesejan WeChat. Kini, ia dikatakan mereka bakal melancarkan perkhidmatan storan awan percuma 10TB kepada semua tidak lama lagi.

Buat masa ini, perkhidmatan storan awan mereka hanya ditawarkan kepada pengguna di China sahaja, dimana pengguna diberikan ruangan percuma 1TB dan ditambah secara percuma sehingga 10TB berdasarkan kepada penggunaan.

Ia dikatakan versi antarabangsa perkhidmatan tersebut bakal dilancarkan tidak lama lagi, membolehkan semua pengguna seluruh dunia menggunakan perkhidmatan tersebut.

Tencent dijangka akan menempatkan beberapa pelayan di luar China, memudahkan akses pantas ke perkhidmatan awan tersebut oleh pengguna antarabangsa.

Walaupun ruangan yang ditawarkan oleh Tencent boleh dikatakan amat tinggi berbanding pesaing mereka yang lain (Dropbox dengan 2GB, Google Drive dengan 15GB), namun salah satu perkara yang sering hangat diperkatakan dengan perkhidmatan dari China adalah berkenaan dengan isu privasi dan sebagainya.

Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah yang bakal dibawakan oleh Tencent pada awal tahun hadapan.

Nota: