Polis Diraja Malaysia sekali lagi mengadakan temuduga terbuka di seluruh Malaysia bermula 01 April sehingga 28 April 2016 bagi pengambilan jawatan seperti berikut :
1. Konstabel Sokongan Lelaki
2. Konstabel Sokongan Wanita
Temuduga terbuka atau Eksesais pengambilan yang diadakan oleh PDRM ini hanya untuk calon-calon yang telah menjalani ujian fizikal yang bermula pada 1 Februari 2016 hingga 8 Mac 2016 lepas.
Sebelum hadir ke temuduga Konstabel Sokongan ini, sila semak status panggilan temuduga yang boleh dibuat melalui Sistem Semakan Online (SSO) PDRM di laman web http://sso.rmp.gov.my mulai 1 April 2016 atau klik pautan ini.
Tarikh Temuduga : 07 – 28 April 2016
Lokasi temuduga mengikut negeri : Johor, Kedah, Kuala Lumpur, Perlis, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan, Sabah, Sarawak, Selangor & Terengganu