Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mempelawa pemohon daripada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan oleh TLDM sebagai :
1. PEGAWAI DAN ANGGOTA PASUKAN SIMPANAN SUKARELA
Tentera Laut Diraja Malaysia atau lebih dikenali dengan singkatannya, TLDM, merupakan salah satu cabang Angkatan Tentera Malaysia dan agensi utama yang bertanggungjawab ke atas operasi pengawasan dan pertahanan maritim negara. Penguasaan TLDM meliputi 603, 210 kilometer persegi, (hampir dua kali ganda keluasan daratan Malaysia, 329, 860 km persegi) merangkumi kawasan pesisiran dan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE). TLDM juga memikul tanggungjawab mengawal Laluan Perhubungan Laut (bahasa Inggeris: Sea Lines of Communications, SLOC) utama negara seperti Selat Melaka dan Selat Singapura. TLDM turut mengawasi kepentingan negara di kawasan-kawasan yang mempunyai tuntutan bertindih seperti di perairan Spratly.
1. TEMPAT : UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA
JALAN SULTAN AHMAD SHAH
BANDAR INDERA MAHKOTA
25000 KUANTAN
TARIKH : 02 APRIL 2016
MASA : 9.00 PAGI – 4.00 PETANG
2. TEMPAT : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL
24000 KEMAMAN TERENGGANU
TARIKH : 08 APRIL 2016
MASA : 9.00 PAGI – 4.00 PETANG
3. TEMPAT : PTSL KUANTAN
TAMAN BALOK SEJAHTERA,
26100 BALOK
KUANTAN
TARIKH : 12 APRIL 2016
MASA : 9.00 PAGI – 4.00 PETANG
4. TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN TERUNTUM
25000 KUANTAN
TARIKH : 16 APRIL 2016
MASA : 9.00 PAGI – 4.00 PETANG
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
A) Warganegara Malaysia
B) Umur : 17 hingga 45 tahun (Bakal Pegawai)
Umur : 18 hingga 35 tahun (Perajurit Muda)
C) Kelayakan pelajaran sekurang-kurangnya lulus SPM bagi Perajurit Muda manakala Ijazah & dan ke atas bagi Bakal Pegawai
D) Sihat Tubuh Badan
E) Aktif Sukan
F) Mempunyai pekerjaan tetap samada kerajaan atau swasta
DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA
A) Gambar berukuran passport – 6 keping
B) Kad pengenalan (salinan asal & fotostat) – 3 salinan
C) Sijil nikah (jika ada – salinan & fotostat) – 3 salinan
D) Sijil kelahiran (salinan asal & fotostat) – 3 salinan
E) Salinan sijil kelahiran anak (jika ada – salinan & fotostat) – 3 salinan
F) Sijil Kerakyatan (jika ada) – 3 salinan
G) Sijil Pelajaran (salinan & fotostat) – 3 salinan
H) Sijil berhenti sekolah (salinan & fotostat) – 3 salinan
I) Bekas Tentera, Bekas Polis – Sijil Berhenti (salinan & fotostat) – 3 salinan
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai temuduga / pemilihan awal TLDM Simpanan ini, sila lihat di bawah atau klik di sini.
Tarikh temuduga terbuka : 02 – 16 April 2016
Penempatan : Pahang & Terengganu