Tema Twenty Fourteen Untuk WordPress Diperkenalkan – WordPress 3.8 Pada Disember 2013

Setiap tahun, pihak WordPress kini memperkenalkan tema utama baru bersama-sama sistem penulisan mereka. Terkini, bersempena dengan tahun 2014 yang bakal menjelang tiba, mereka telah pun memperkenalkan tema baru yang dinamakan sebagai Twenty Fourteen untuk pengguna perkhidmatan WordPress.com.

Twenty Fourteen

Melaluinya, pihak WordPress dilihat bukan sahaja memfokuskan kepada rekaan responsif yang boleh digunakan pada pelbagai saiz skrin, tetapi pada masa yang sama turut hadir dengan rekaan seumpama majalah online yang kian menjadi trend pada hari ini.

Tema baru ini hanya disediakan untuk pengguna WordPress.com sahaja buat masa ini, dan bakal diperkenalkan kepada mereka yang memasang platform tersebut sendiri pada Disember 2013 ini – bersama-sama pengenalan WordPress 3.8.

Nota: