Telegram Memperkenalkan Sokongan Bayaran

Telegram sering menambah beberapa ciri-ciri menarik pada aplikasi mereka. Terkini, hari ini pembangun aplikasi permesejan berkenaan telah mengumumkan kemaskini Telegram 4.0 yang mana menyertakan sejumlah ciri-ciri baru, termasuk Telescope dan juga pembayaran.

Telescope, seperti pernah dikongsikan sebelum ini, membolehkan pengguna berkongsi mesej video bersama rakan-rakan lain di Telegram, atau pada masa yang sama menerbitkan ia untuk diakses umum melalui web.

Kini, selain daripada itu, Telegram juga turut memperkenalkan sokongan pembayaran dalam aplikasi. Telegram menamakan ciri ini sebagai Bot Payments, dan ia membolehkan para pembangun menerima bayaran terus melalui Telegram untuk membeli barangan dan perkhidmatan dengan mudah. Untuk pengguna baru, anda boleh tap pada butang Pay, dan membuat pembayaran dengan mengisi ruangan kad kredit yang akan disimpan dan boleh digunakan pada masa akan datang. Selain itu, alternatif seperti integrasi Apple Pay juga turut disokong melalui Telegram ini.

Bagi anda yang menggunakan Telegram Messenger, mungkin boleh kemaskini aplikasi anda hari ini, dan menikmati ciri baru ini untuk memudahkan pembayaran melalui aplikasi permesejan berkenaan.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: