Telefon Pintar Jolla Akan Dilengkapi HERE Maps Dan Yandex.Store

Hari ini, pihak Jolla yang membangunkan Sailfish OS telah berkongsi perkembangan semasa mereka, dimana kini sistem operasi tersebut akan turut hadir dengan sokongan aplikasi pemetaan HERE Maps dan juga dilengkapi dengan kedai aplikasi Android – Yandex.Store.

HERE Maps merupakan platform dan teknologi pemetaan daripada Nokia dan sedia digunakan di lebih 190 buah negara. Kebanyakkan lokasi sedia disertakan pada HERE Maps. Ia tidak diketahui sama ada sokongan offline akan hadir ke Jolla SailfishOS ataupun sebaliknya.

Selain daripada itu, lanjutan daripada pengumuman berkaitan sokongan aplikasi Android, pihak Jolla kini turut berkongsi yang mana peranti mereka akan hadir dengan Yandex.Store, memudahkan pengguna untuk memasang aplikasi Android pada peranti mereka.

Yandex.Store kini dilengkapi dengan lebih kurang 85,000 aplikasi, termasuk aplikasi popular seperti Facebook, Twitter, Skype, dan sebagainya.

Selain aplikasi Android, pihak jolla juga turut berkongsi mengatakan yang mana kini para pembangun aplikasi yang ingin menerbitkan aplikasi untuk Jolla boleh mula menghantarnya ke Jolla Store.

Nota: