Telefon Berasaskan Ubuntu Akan Hadir Tahun Ini Daripada Meizu Dan BQ

Setelah dinantikan ramai peminat Ubuntu seluruh dunia, hari ini pihak Canonical berkongsi beberapa perancangan mereka, termasuk mengumumkan akan hadir dengan telefon berasaskan Ubuntu melalui rakan kerjasmaa mereka – Meizu dan juga BQ.

Tarikh dan harga pelancarannya tidak diketahui. Namun, ia dikatakan menyasarkan pasaran negara membangun. Mungkin maklumat lanjut berkenaan dengannya akan diketahui dalam masa terdekat ini. Meizu merupakan salah satu pengeluar peranti di China, sementara BQ pula merupakan pengeluar peranti di Eropah.

Selain daripada itu, Canonical juga mengatakan dua pengeluar terkemuka akan turut hadir dengan telefon Ubuntu pada tahun 2015 kelak.

Bercakap mengenai aplikasi pula, pihak Canonical mengatakan lebih kurang 50 aplikasi popular di peranti mudah-alih akan hadir ke platform tersebut menjelang penghujung tahun ini. Antara aplikasi yang telah tersedia adalah termasuk Evernote, LastPass, dan juga pemain media VLC.

Nota: