TeamViewer 9 Beta Hadir Dengan Sokongan Wake-On-LAN Dan Pengesahan Dwi-Faktor

TeamViewer merupakan salah satu perisian yang diminati ramai dalam urusan untuk membuat troubleshooting untuk komputer walaupun berada di lokasi lain. Terkini, pembangunnya telah hadir dengan versi pembangunan baru, iaitu TeamViewer 9 Beta.

TeamViewer 9 Beta

Bersama-sama perubahan angka versi ini, ia turut menyertakan pelbagai fungsi baru untuknya. Salah satu fungsi baru yang disertakan adalah Wake-On-LAN.

Wake-On-LAN membolehkan anda mengakses komputer tanpa perlu memastikan komputer anda berjalan 24 jam. Untuk menggunakannya, anda boleh mengaksesnya melalui komputer lain dalam rangkaian sama ataupun melalui router.

Selain itu, kini TeamViewer juga turut dilengkapi dengan sokongan pengesahan dwi-faktor, sekaligus menawarkan sokongan sekuriti yang lebih baik berbanding sebelumnya.

TeamViewer 9 ini juga turut sama dioptimasikan untuk sistem operasi terkini, termasuk Windows 8.1 dan juga OS X Mavericks.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun dan mencubanya, sekaligus memudahkan anda mengakses komputer anda secara remote menggunakan telefon pintar, tablet mahupun komputer lain.

Nota: