Tarikh Keputusan STAM Diumumkan Pada 30 Januari

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Kepada yang mengambil STAM pada 2013, keputusan akan diumumkan pada 30 Januari 2014, sila ambil perhatian. Anda semua boleh semak secara langsung di sekolah ataupun melalui SMS.

Tarikh Keputusan STAM Diumumkan Pada 30 Januari | KUALA LUMPUR – Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2013 akan diumumkan pada 30 Januari ini.

Tarikh Keputusan STAM Diumumkan Pada 30 Januari

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan hari ini, calon yang menduduki peperiksaan itu boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai 10 pagi.

“Calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu dan pengumuman analisis keputusan STAM 2013 akan diadakan serentak pada hari yang sama pukul 9 pagi di Putrajaya,” menurut kenyataan itu.

Sebanyak 8,613 orang calon telah menduduki peperiksaan STAM 2013 di 116 buah pusat peperiksaan di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 4,094 adalah calon sekolah Kementerian Pendidikan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

Sebanyak 2,601 adalah calon Sekolah Menengah Agama Negeri, 685 dari Sekolah Menengah Agama Rakyat, 1,185 calon persendirian manakala baki 48 calon adalah dari Sekolah Menengah Swasta.

Menurut kenyataan itu, kementerian juga menyediakan perkhidmatan semakan keputusan STAM melalui mySMS 15888 dengan menaip STAM jarakkan taip angka giliran dan hantar ke 15888.

Perkhidmatan itu akan diaktifkan bermula 10 pagi, 30 Januari dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 5 Februari ini. – Bernama

Sumber

Apa apa pun Tarikh Keputusan STAM Diumumkan Pada 30 Januari ini bukanlah penentu masa depan, masa depan kita bergantung kepada kerajinan kita. Contoh yang telah berjaya, steve jobs, walaupun dia tidak sambung belajar tetapi dia salah seorang yang terkaya di dunia, kerajinan dan semangat untuk berjaya itu penting.

If you enjoyed this post, you should read this: Pengasas Hari Ibu Tidak Suka Menyambut Hari Tersebut?

Tarikh Keputusan STAM Diumumkan Pada 30 Januari
Beki Mustaffa

Nota: