am@hmetro.com.my
Georgetown: Dua beradik orang kurang upaya (OKU), Felicia Pui Jia Yin, 21, dan Andrea Pui Jia Hui, 20, yang mengalami cacat penglihatan mendaftar di Universiti Sains Malaysia (USM), di sini, hari ini.
Dua beradik berkenaan mendapat tawaran melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Sarjana Muda Sastera (Pengajian Bahasa Inggeris untuk Profesional) di USM.
Felicia berkata, dia gembira dan bersyukur menerima tawaran melanjutkan pelajaran itu bersama dengan adiknya di universiti sama.
“Saya tidak sangka dapat peluang melanjutkan pelajaran bersama Andrea di USM dalam bidang sama.
“Walaupun kami berdua mempunyai masalah penglihatan, kami akan cuba belajar seperti pelajar yang lain,” katanya.
Menurut Felicia, ketika dia dan adiknya belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan St George di Georgetown, sebelum ini, masalah dihadapi mereka adalah kekurangan bahan bacaan.

Georgetown: Dua beradik orang kurang upaya (OKU), Felicia Pui Jia Yin, 21, dan Andrea Pui Jia Hui, 20, yang mengalami cacat penglihatan mendaftar di Universiti Sains Malaysia (USM), di sini, hari ini.





Widget not in any sidebars