Tak jumpa jalan balik

Utama

am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Dua murid lelaki tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Panjang, di sini, yang didakwa hilang ketika sambutan Hari Sukan Negara ditemui selamat, malam tadi.

Mereka ditemui di kira-kira 10 kilometer dari sekolah berkenaan, pada kira-kira 8 malam.

Fakhrullah Mohd Fahimie dan Wan Noraiman Haikal Wan Saifuddin Hafiz masing-masing berusia 10 tahun, ditemui orang ramai ketika berjalan di Kampung Batin, Seberang Takir.

Mereka mendakwa mahu ke pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, untuk menyaksikan pertandingan `sprint test’ sebelum dikatakan tersesat.

Kehilangan mereka disedari guru sekolah berkenaan selepas kedua-duanya tiada di kawasan sekolah ketika aktiviti hampir tamat, kira-kira 6 petang.

Guru berkenaan kemudiannya menghubungi keluarga mereka untuk bertanyakan sama ada kanak-kanak terbabit sudah pulang.

Bagaimanapun, guru itu dimaklumkan mereka masih belum pulang sebelum usaha mencari mereka dilakukan.

Kedua-duanya ke sekolah untuk aktiviti sambutan anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) kawasan terbabit, pada kira-kira 8 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan kanak-kanak terbabit ditemui orang awam dan mereka sudah diserahkan kepada keluarga masing-masing.

Image: 
Zaid Salim

Kuala Terengganu: Dua murid lelaki tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Panjang, di sini, yang didakwa hilang ketika sambutan Hari Sukan Negara ditemui selamat, malam tadi.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: