Pandang Pertama : Xperia C3 – Telefon Selfie Daripada Sony

Sony pada bulan ini telah menambah salah satu telefon pintar baru dibawah keluarga Xperia mereka, iaitu Xperia C3. Boleh dikatakan kebanyakkan peranti mempunyai fokus sesuatu fungsi khusus padanya, dan pada Xperia C3, pihak Sony memfokuskan kepada sokongan rakaman gambar menggunakan kamera hadapan – yang mana turut dilengkapi dengan sokongan LED Flash.

Kemaskini Android 4.4.4 KitKat Xperia Z1 Sedia Dimuat Turun

Berita baik buat pemilik Sony Xperia Z1 Malaysia. Kemas kini Android 4.4.4 kini sedia dimuat turun oleh anda dengan mengguna program Sony PC Companion. Antara fungsi baharu yang hadir dengan kemas kini ini ialah fungsi Simple Home Menu yang sebelum ini diperkenalkan pada Xperia Z2. Kemas kini ini adalah sangat pantas kerana versi Android 4.4.4 […]

Ulasan : Sony Xperia T2 Ultra

  Tahun lalu Xperia Z Ultra diperkenalkan dan ianya merupakan phablet terbesar yang pernah kami ulas di makmal peranti Amanz. Peranti dengan skrin 6.4″ itu dilengkapi dengan pemproses setanding dengan Xperia Z1 tetapi ianya dicacatkan dengan kemampuan optik yang sangat mengecewakan. Kamera utama 8 Megapixel tanpa sokongan flash Z Ultra dan harga yang terlalu mahal […]

Fon Kepala Beats Diharamkan Dari Piala Dunia 2014

Fon kepala Beats menjadikan Neymar, Chicarito dan Luis Suarez sebagai duta produk audio mereka sempena Piala Dunia 2014 Brazil. Ketiga-tiga pemain ternama ini dipaparkan di dalam iklan bertemakan Piala Dunia mereka tahun ini. Sungguhpun begitu kesemua produk Beats adalah diharamkan dari dibawa masuk ke dalam stadium sepanjang temasya berlangsung. Pemain juga dilarang dari menunjukkan fon […]

E3 2014: Aplikasi YouTube Akan Hadir Ke PS4 Akhir Tahun Ini

Sony mengumumkan aplikasi khusus untuk YouTube pada platform PS4 akan hadir pada akhir tahun ini. Melalui aplikasi ini, pemain boleh merakam dan menerbit video permainan tersebut terus ke akaun YouTube mereka. Aplikasi khusus ini juga berfungsi seperti YouTube pada PS3, membolehkan anda menonton video dari saluran yang anda minati.

1 2 3 4 5 6 12