Sony Malaysia telah pun mula menawarkan lensa-kamera Cyber-shot QX100 mereka untuk pasaran tempatan bermula daripada hari ini, dan dijual pada harga RM1499. Buat masa ini, ia dijual hanya terhad di Sony Store KLCC dan juga The Curve sahaja.
Hari ini, pihak Sony Mobile Malaysia telah menambah satu lagi tawaran peranti baru dibawah mereka, iaitu Sony Xperia C. Peranti berasaskan Android ini telah mula dijual dipasaran tempatan pada harga RM999.