Pandang Pertama : DualShock 4 (PS4)

Bersama-sama konsol PlayStation 4, hadirnya alat kawalan permainan mereka yang terbaru, dinamakan sebagai DUALSHOCK 4. Alat kawalan tanpa wayar ini hadir dalam tiga warna, iaitu hitam, biru dan juga merah.

DotA 2 Menerima Kemaskini Three Spirits

DotA 2 mengumumkan kemaskini terbaru iaitu Three Spirits pada hari ni,  membawakan 2 karakter baru iaitu Earth Spirit dan Ember Spirit. Turut disertakan bersama dalam kemaskini ini ialah acara yang amat dinantikan oleh pemain iaitu Diretide, bermula 14 November sehingga 28 November.

Retrospektif : 10 Permainan Terbaik Konsol PlayStation 1

Tinggal dua hari lagi sebelum konsol generasi ke-4 PlayStation akan mula dijual di pasaran dunia. Pada hari jumaat akan datang ia boleh dibeli di Amerika Syarikat dan dua minggu selepas itu akan terjual di Eropah dan Australia. Kami difahamkan di Asia PlayStation 4 hanya akan tiba 19 Disember ini. Kami yakin ramai pembaca Amanz adalah […]

Dokumentari Minecraft Diterbitkan Di YouTube

Pada Disember tahun lepas, sebuah dokumentari telah diterbitkan memfokuskan kepada Minecraft. Ketika diterbitkan, ia juga turut ditawarkan melalui Pirate Bay membolehkan sesiapa yang berminat menontonnya terlebih dahulu, dan membayar sekiranya menyukainya.

Ulasan Papan Kekunci Logitech G19S

Logitech G19s ialah papan kekunci khas untuk permainan komputer terkini mereka. Papan kekunci ini dilengkapi dengan sistem paparan LCD kecil , 12 butang makro yang boleh diprogram serta pencahayaan kekunci dengan pilihan 16 juta warna.

1 14 15 16 17 18