Tablet Nexus 9 Bakal Hadir Daripada Pihak HTC Tidak Lama Lagi

HTC kali terakhir memperkenalkan tablet adalah ketika tahun 2011 melalui HTC Flyer. Namun ia tidak begitu menerima permintaan – berkemungkinan terlalu awal untuk saiz tablet sebesar HTC Flyer ketika itu.

Kini, selang beberapa tahun, nampaknya pihak HTC akan menyertai semula arena tablet, dan bakal hadir dengan tablet Nexus bersaiz 9-inci.

Sebelum ini, tablet untuk keluarga Nexus hanya dibuat oleh pihak Asus dan juga Samsung. Google sendiri boleh dikatakan sering beralih dan memilih rakan kerjasama baru untuk projek Nexus, dan untuk tahun ini tablet Nexus ini bakal hadir daripada pihak HTC.

Tablet HTC Baru

HTC sedia terkenal dengan rekaan yang menarik berbanding beberapa pengeluar lain – sekaligus menjadikan tablet yang bakal hadir ini dinantikan ramai pengguna seluruh dunia. Ia juga bakal menjadi antara tablet terawal yang menggunakan Android “L” padanya kelak.

Seperti biasa, pihak HTC dan Google tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi buat masa ini. Pihak HTC juga dilihat menjadualkan sebuah acara khas pada bulan Oktober ini – tetapi ia dilihat lebih memfokuskan kepada pengenalan sebuah telefon pintar memfokuskan selfie dan juga kamera digital yang boleh dihubungkan ke telefon pintar.

Nota: