Tablet LG G Pad 8.3 Edisi Google Diperkenalkan Secara Rasmi

Sebelum ini, beberapa kali kita telah mendengar desas-desus berkenaan dengan Nexus 8. Nampaknya, ia mungkin bukan Nexus 8, sebaliknya sebuah tablet edisi Google.

LG G Pad 8.3

Hari ini, pihak LG secara rasminya telah mengumumkan tablet LG G Pad 8.3 yang hadir dalam variasi “Edisi Google”. Melalui tawaran “Edisi Google” ini, ia membolehkan tablet berkenaan menikmati pelbagai kemaskini Android lebih pantas berbanding kebiasaan.

LG G Pad 8.3 “Edisi Google” ini akan ditawarkan bersama-sama Android 4.4 KitKat, sekaligus menjadikan ia tablet pertama dijual dengan sistem operasi Android 4.4.

LG G Pad 8.3 hadir menyertakan cip pemprosesan Snapdragon 600, memori 2GB RAM, kamera belakang 5-megapixel, kamera hadapan 1.3-megapixel, bateri berkapasiti 4600mAh dan dilengkapi skrin HD penuh 8.3-inci.

LG G Pad 8.3 “Edisi Google” ini dijual pada harga $349.99 (~RM1122.77), dan ditawarkan melalui Google Play Store.

Pengguna Malaysia masih tidak dapat membuat pembelian peranti melalui Play Store, dan mungkin perlu menantikan penjual tempatan membawa masuknya daripada pasaran Amerika Syarikat ke Malaysia.

Nota: