Suspek sindiket kereta klon direman

Utama

Alor Setar : Empat ahli sindiket kereta klon termasuk seorang kerani wanita bahagian pendaftaran kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri direman tujuh hari bermula hari ini.

Majistret Dalilah Ismail membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar semua suspek berusia 30-an ditahan reman bermula hari ini sehingga 27 September depan.

Suspek suami isteri dibawa ke mahkamah pada 10.05 pagi diikuti dua lagi suspek lelaki 40 minit kemudian.

Suspek berusia 31 tahun yang bertugas sebagai kerani di bahagian pendaftaran kenderaan JPJ itu ditahan di pejabatnya pada 8 pagi sebelum dibawa ke bangunan SPRM kira-kira sejam kemudian, semalam.

Suaminya pula ditahan yang memainkan peranan sebagai orang tengah di antara suspek pertama dan sindiket di Singapura ditahan di rumah mereka di Kulim pada masa dan hari yang sama.

Suspek ketiga yang menjalankan perniagaan jual beli kereta dalam talian ditahan di Kuantan,Pahang pada 2. 30 petang.

Tangkapan keempat pula dilakukan di Kuala Lumpur pada 11. 50 malam selepas suspek berusia 32 tahun itu didapati berperanan sebagai individu yang membawa masuk dan membekalkan kenderaan dari negara jiran itu kepada suami isteri.

Sejak Isnin lalu,Harian Metro melaporkan mengenai kegiatan sindiket ini yang mengubah status lebih 100 kenderaan mewah lupus dari Singapura kepada kenderaan lucut hak secara haram agar boleh dijual dengan harga terpakai di negara ini.

SPRM juga sedang memburu dua pegawai agensi penguatkuasaan lain yang bertugas di Pelabuhan Kelang yang memainkan peranan sebagai pengedar kenderaan klon.

Image: 
Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Kalidevi Mogan Kumarappa

Alor Setar : Empat ahli sindiket kereta klon termasuk seorang kerani wanita bahagian pendaftaran kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri direman tujuh hari bermula hari ini.

Sindiket kereta klon tumpas

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: