Suspek bunuh tiga beranak direman

Utama

mohdhilmie@hmetro.com.my

Melaka: Suspek lelaki kes pembunuhan tiga beranak di Kampung Bertam Malim, semalam, direman tujuh hari bermula hari ini di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka, Mohd Anuar Ostadi tengah hari tadi.

Justeru, siasatan ke atas suspek berusia 28 tahun itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan akan dijalankan sehingga perintah reman berakhir 1 September ini.

Semalam, tiga beranak meninggal dunia manakala dua lagi mengalami kecederaan serius selepas dikelar suspek yang juga ahli keluarga angkat terbabit.

Suspek akhirnya ditahan di tandas masjid di Bukit Rambai, di sini , kira-kira 11 pagi semalam.

Berita berkaitan:

• Tiga beranak satu liang [METROTV]

• Suspek bunuh tiga sekeluarga ditahan

• Tiga sekeluarga mati dikelar [METROTV]

Image: 
Mohd Hilmie Hussin

Melaka: Suspek lelaki kes pembunuhan tiga beranak di Kampung Bertam Malim, semalam, direman tujuh hari bermula hari ini di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini.

| Artikel @ berita penuh



Widget not in any sidebars


| Lagi di INSPIRASI | BERITA | TECH | BLOG

Nota: