Subhanallah…

Utama

Teluk Intan: Awan bergulung seperti ombak gadang yang muncul di ruang angkasa pekan Langkap dan Chui Chak pagi tadi, menggemparkan penduduk kawasan itu.

Fenomena bentuk awan yang kelihatan seperti tsunami itu dapat dilihat penduduk selama kira-kira 15 minit.

Sejurus selepas itu, langit berubah menjadi gelap dan hujan lebat hampir satu jam membasahi bumi Langkap dan Chui Chak.

Formasi awan luar biasa berbentuk ‘ombak besar’ dan ‘puting’ beliung itu berlaku antara 7.30 hingga 8 pagi dan menjadi viral di media sosial.

Menurut Ketua Kampung Chui Chak, Yeap Lai Hock, ketika kejadian dia dan beberapa anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung sedang bergotong-royong membersihkan dewan di kampung itu.

“Saya dan kawan-kawan terkejut lalu terus merakam gambar,” katanya di sini.

Menurut Yap, tidak lama selepas itu, langit berubah menjadi gelap dan hujan turun dengan lebatnya selama hampir sejam.

Beliau berkata, sepanjang 54 tahun tinggal di Langkap, tidak pernah melihat kejadian seumpama itu.

Rasimah Mohd Syad, 50, yang juga berkata dia tidak pernah melihat kejadian seumpama itu, berada di Pasar Awam Langkap ketika kejadian.

“Bagi saya itu tanda kebesaran Ilahi,” katanya.

Image: 
Image: 
BERNAMA

Teluk Intan: Awan bergulung seperti ombak gadang yang muncul di ruang angkasa pekan Langkap dan Chui Chak pagi tadi, menggemparkan penduduk kawasan itu.

| Artikel @ berita penuh



Widget not in any sidebars


| Lagi di INSPIRASI | BERITA | TECH | BLOG

Nota: