Suami isteri putus kaki

Utama

Foto IHSAN PEMBACA

Kuala Nerus: Amat malang bagi satu pasangan suami isteri kerana kedua-duanya putus kaki kanan selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh kereta yang terbabas akibat tayar depan pecah di Jalan Tengku Mizan berhampiran satu stesen minyak dekat Bukit Tunggal di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 malam itu, Mohd Isa Mohd Shariff, 43, bersama isterinya, Sharifah Shalwani Syed A Rahim, 35, dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menghala ke Batu Enam.

Pada masa sama, pemandu sebuah kereta Honda Civic berusia 24 tahun dikatakan dalam perjalanan dari pusat bandar raya menghala Bukit Tunggal, di sini.

Menurut sumber, setiba di tempat kejadian, lelaki itu gagal mengawal keretanya selepas tayar depan pecah menyebabkan kenderaannya merempuh motosikal Yamaha LC ditunggang pasangan berkenaan.

Katanya, kejadian itu menyebabkan pasangan itu putus kaki kanan dan mereka dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Superintendan Suffian Sulaiman ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Image: 
Zatul Iffah Zolkiply

Kuala Nerus: Amat malang bagi satu pasangan suami isteri kerana kedua-duanya putus kaki kanan selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh kereta yang terbabas akibat tayar depan pecah di Jalan Tengku Mizan berhampiran satu stesen minyak dekat Bukit Tunggal di sini, semalam.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: