Suami isteri antara tiga maut

Utama

Kluang: Suami isteri dan seorang lelaki maut manakala seorang remaja parah dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal di Kilometer 45 Jalan Batu Pahat-Mersing berhampiran Taman Ria di sini, 12:40 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Muhamad Laham berkata, mangsa maut dikenali Mohamed Hassan Ali, 65, dan isteri, Noraripen Surmise, 48, serta Muhamad Hafiz Ghazali, 21.

Katanya, Muhamad Hafiz meninggal dunia di lokasi kejadian manakala Mohamed Hassan dan Noraripen meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHKK) Kluang.

Katanya, seorang lagi penunggang motosikal iaitu Mohammad Ekmal Yussry Md Yassin, 21, yang parah turut dirawat di hospital sama.

“Kejadian dikatakan berlaku apabila motosikal yg ditunggang Mohamed Hassan bersama isteri keluar dari Taman Ria untuk balik ke rumah mereka di Taman Seri Lalang.

“Sebaik memasuki jalan utama, motosikal ditunggang Muhamad Hafiz yang datang dari arah Kluang menuju ke Air Hitam tidak sempat mengelak menyebabkan dia merempuh pasangan itu,” katanya.

Image: 
Adnan Ibrahim

Kluang: Suami isteri dan seorang lelaki maut manakala seorang remaja parah dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal di Kilometer 45 Jalan Batu Pahat-Mersing berhampiran Taman Ria di sini, 12:40 tengah malam tadi.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: