Steam Machine Ditangguhkan Sehingga Tahun Hadapan

Valve sebelum ini telah memperlihatkan Steam Machine, yang mana merupakan salah satu bentuk konsol daripada mereka, yang mana akan menjalankan platform Steam OS, dan menawarkan pelbagai permainan menarik melaluinya.

Apa pun, konsol yang dirancang untuk diperkenalkan pada tahun ini kini dilihat ditangguhkan ke tahun hadapan. Perkara ini dilihat merupakan salah satu usaha pihak Valve dalam menambah-baik alat-kawalan mereka, dan membawakan beberapa pengoptimasian pada platform tersebut sebelum ia ditawarkan secara rasmi.

Valve sebelum ini telah memulakan ujian beta untuknya, dan menawarkan konsol versi prototaip kepada beberapa penguji terpilih di Amerika Syarikat.

Selain itu, pihak Valve turut telah mengumumkan kerjasama dengan pelbagai pengeluar untuk hadir dengan Steam Machine masing-masing ke pasaran. Jadi, bagi anda yang menantikannya di pasaran, mungkin perlu bersabar sedikit, dan menunggu sehingga tahun 2015 sebelum ia mula dijual.

Nota: