Blizzard hari ini telah mula menawarkan StarCraft Remastered, iaitu versi penambah-baikkan untuk permainan StarCraft asal dengan sokongan grafik 4K.
Dari segi penawaran permainan, ia mengekalkan ciri permainan StarCraft klasik atau yang asal, dimana para pemain boleh mengalami dan memainkan kembali permainan ini dari misi awal, sehinggalah bersaing dengan rakan-rakan lain dalam peperangan strategi masa-nyata.
Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan ia daripada Blizzard Shop hari ini pada harga $14.99, dan dimainkan pada PC atau Mac.
Beli : StarCraft Remastered