Stack Exchange Memperkenalkan Aplikasi Rasmi Untuk Android

Stack Exchange merupakan salah satu penyedia untuk pelbagai laman soal jawab terkemuka di dunia, dan terkini mereka menawarkan sebuah aplikasi rasmi untuk pengguna Android, membolehkan pengguna mengikuti pelbagai soal-jawab terus melalui peranti mudah-alih mereka.

Menggunakannya, pengguna boleh mengakses untuk rangkaian Stack Exchange, termasuk laman-laman terkemuka seperti Stack Overflow, Ask Ubuntu, dan pelbagai laman lain.

Pengguna juga turut boleh log masuk ke aplikasi berkenaan, dan menguruskan profil mereka, serta mengikuti pelbagai soal jawab menggunakan peranti mudah-alih mereka. Pengguna juga boleh menambah laman-laman kegemaran mereka pada profil, dan mengikutinya dengan mudah.

Bagi mereka yang menggunakan peranti Android, dan sering menggunakan perkhidmatan Stack Exchange, mungkin boleh memuat-turun dan menggunakannya pada peranti anda hari ini.

Nota: